Mt. Kinabalu, North Borneo

Kinabalu masih bertahan

mtkinabalu

warna birumu masih bertahan seperti kenangan manis

walau bahu emosimu tergores luka kesedihan

kerana menyerap tanpa henti segala himpunan dusta dan kealpaan

dan untuk kesekian kalinya kau tidak mampu menyembunyikan kebenaran

lalu lahar-lahar kebosanan membuak keluar tanpa maaf

menghanyutkan segala keegoan yang selama ini mereka agung-agungkan

menuju sungai keikhlasan yang mengalir lesu