Ijazah saya ialah dalam bidang Psychological Research Methods, tetapi waktu di universiti saya telah mengikuti kursus penulisan kreatif. Kami perlu menghadiri kelas untuk semester pertama, tetapi bebas bak burung selepas itu! Dengan satu syarat, di akhir semester dua kami perlu menyerahkan novel yang lengkap. Jadi, ianya bukan bebaspun…
Itulah pengalaman pertama saya dalam penulisan kreatif. Dan novel yang saya tulis, “Satu Bicara” telah diterbitkan. Ianya mengisahkan pelajar universiti yang terpaksa membuat keputusan samada memilih apa yang penting pada keluarganya atau apa yang dia inginkan.
Semenjak itu, saya meneruskan minat saya dalam bidang penulisan. Tidak semestinya penulisan kreatif. Saya menulis bukan fiksyen and membina tapak web. Walaubagaimanapun, terjadi sesuatu yang menarik—dan ianya kerap berlaku. Setiap kali saya terlibat dalam pengkodan dan pengskripan, macam hari itu, minda saya tiba-tiba ketagih untuk melakukan sesuatu yang kreatif. Dan pada tahap ini, watak-watak untuk cerita muncul entah dari mana. Plot dan latar juga muncul pada masa yang sama. Semuanya begitu jelas, saya tidak mampu membuang dari fikiran.
Saya mengesyaki semasa saya terlibat serius dalam pengkodan dan pengskripan, otak sebelah kiri saya berasa penat dan menjerit untuk kelegaan. Waktu inilah otak sebelah kanan saya memberi bantuan. Mengganggu saya dengan watak-watak, plot dan latar yang menarik. Ianya begitu jelas di minda, saya menulisnya secepat mungkin.
Tentang Saya